Aku dari sekolah menengah sampai sekarang minat dengan model gundam ni.. Semuanya bermula dari tengok anime Mobile Suit Gundam Seed dan Gundam Seed Destiny. Masa tu tak silap aku tengok anime tu kat tv2, pukul 10 pagi setiap hari sabtu dan ahad.. Memang aku tak miss tengok anime tu, smpai siap berangan lagi kalau aku ada robot macam tu dan boleh pergi ke mana-mana yang aku suka.. hahaha
Masa aku Form 3, aku nampak model gundam kat pasaraya the store, harga RM25 kot, kira model yang cikai punya la. So, aku pun set dalam mind, nak kumpul duit, dan beli model tu. take time gak la nak kumpul duit ni sebab masa tu aku bukannya senang nak dapat duit..
Selepas sebulan (sebulan beb), barulah dapat kumpul duit untuk beli model tu.. tapi.. masa nak beli tu, dah tak ada lagi, 1 kotak pun dah tak ada.. time tu memang aku frust, benda yang aku nak, mesti tak akan dapat. Aku tanya la kawan-kawan aku, kat mana leh cari model ni, diorang cakap kat penang ada la kot, tak pun kat KL.. harga pun mesti dekat RM200-RM300 sebab kat area sana memang jual yang betul-betul model yang original punya.. bila dengar je harga macam tu, dengan nak kena cari kat KL lagi, aku give up..
3 tahun lepas (2008), cuti universiti, aku duk dengan pakcik aku kat USJ.. time tu kawan-kawan ajak aku pergi Times Square.. aku memang excited la, 1st time kot nak pergi sana, hahahaha.. sekarang ni semua tempat kat KL dah basi bagi aku..
Masa jalan-jalan kat Times Square tu, tiba-tiba ternampak kedai yang jual model gundam, aku terus masuk ke kedai tu.. aku rasa sangat teruja sebab dah lama aku cari model gundam.. model yang aku paling minat adalah ZGMF-X20A STRIKE FREEDOM.. tu nama penuh model tu la, nama nak senang ingat ialah Strike Freedom.. masa tu harga model tu RM180, aku tak fikir panjang pun, aku ambil model tu, dan terus pergi bayar. Masa nak bayar tu, aku check setiap parts yang ada dalam kotak tu, nak pastikan semuanya cukup. Hati aku time tu rasa sangat gementar, macam time nak ambil result SPM. kalo aku dah kawin time tu, maybe perasaan tu macam tengah tunggu isteri nak bersalin. huhuhu..
![]() |
Gambar Kotak Model Gundam yang aku beli tu |
Cun kan? sangat cantik, dan kemas..
Sekarang ni aku dalam proses nak kumpul lagi dua model, kira agak rare gak la sebab aku tak jumpa langsung kat area KL ni sejak tahun 2008. baru-baru ni dapat cari pembekal gundam dan model-model yang rare kat facebook, so lepas contact dia, dia akan order kat aku dua model yang susah nak cari tu.. Model Gundam Saviour dan Aegis..
Semua model yang aku pilih setakat ni adalah MG aka Master Grade, PG aka Perfect Grade, mahal, tapi parts dia lebih detail.. bawah ni aku ada sedikit penerangan tentang HG, MG dan PG.. penerangan ni aku dapat bila supplier tu terang kat aku pasal grade gundam ni.. Credits to him..
2 comments:
oooo..samakan kita nk bersalin nt dgn model gundam ye!!!!
drpd habiskan masa berhari hari xwat keje pape sebab nk pasang mdel tu baik la tgk lelaki hensem menyanyi and menari kan..hehe..:P
tgk je wat pe.. bkn leh pegang pn.. mcm gundam ni leh pegang.. hehehe
Post a Comment