Plastisin atau dalam english plasticine. Tiba-tiba teringat masa kecil-kecil dulu tentang benda ni. Aku start kenal dan main dengan benda ni masa tadika. Aku ingat lagi, masa tu aku baru je masuk tadika tu. Tadika tu ada tiga kelas je. Aku duduk kelas yang last sekali iaitu Kelas C (just for temporary je, hahaha), sebab masa tu pihak tadika tengah bincang nak masukkan aku di kelas yang mana.
Masa masuk tu, aku macam rasa pelik dan terfikir, benda apa la yang budak-budak tu duk main. bila duk je, cikgu kat sana bagi kt aku plastisin. aku cuma pegang je, lepas tu tengok kat sekeliling aku, apa yang budak-budak lain buat. rupanya kita tak perlu buat sesuatu yang specific dengan plastisin tu. They just want to see our creativity and imagination..
Bila aku baru je nak create something dengan plastisin tu, tiba-tiba seorang budak perempuan datang dan kutip semua plastisin yang budak-budak duk main tu sebab time bermain dah habis. agak frust gak la time tu. hehehe kecik-kecik pun dah pandai frust.
Plastisin tu aku main masa kat tadika je, lepas tu bila sekolah menengah, aku beli lagi sebab terlibat dengan projek sains apa tah, aku pun tak beberapa ingat. sekotak plastisin tu tak silap aku harga RM1 je kot. sekarang ni tak tahu la berapa harganya, entah-entah dah tak ada lagi kot benda ni kat kedai runcit.
Revolusi dari plastisin ni, jadilah Playdoh..
Playdoh memang mahal, siap dengan alat-alat nak membentuk lagi. boleh buat burger, rumah dan macam-macam lagi. satu lagi, kalau main Playdoh ni, tangan tak ada la rasa macam kesat, berbau dan kalis air sangat berbanding dengan plastisin yang jual kat kedai runcit tu..
But still... even dah ada Playdoh, aku still suka lagi dengan plastisin..
p/s - rasa macam pelik je tulis entry macam ni, sebab 1st time kot..
2 comments:
nice one..hehe..
haziqah n afiqah ada 2 jenis playdoh..
satu yang untuk buat kek dan satu lagi macam hiasan untuk buat bunga..
heaven gile diorng..huhu
huhuhu.. playdoh mahal kot.. satu set pun dah nak dekat rm100.. tapi bila dah siap rasa macam nak makan pula sebab nampak comel dan sedap.. hehehe
Post a Comment